Akmal Nasrullah naik bas elektrik tinjau kemudahan solar, Parlimen Johor Bahru

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkesempatan balik ke kawasannya di Parlimen Johor Bahru dengan menaiki bas elektrik bersama pengurusan kementerian yang dikenali sebagai Skuad PETRA.
"Hari ini saya akan balik ke JB (Johor Bahru), bezanya kali ini saya balik bersama Skuad PETRA.
"Kita akan singgah ke beberapa lokasi sebelum sampai di JB untuk pantau perkembangan projek infra tenaga dan air di bawah PETRA," katanya dalam satu hantar di laman X pada Isnin.
Ahli Parlimen Johor Bahru berkenaan turut berkongsi pengalaman beliau menaiki bas elektrik dan singgah ke beberapa lokasi tempat pengecas kenderaan elektrik seperti di Tangkak, sebelum melawat tapak ladang solat di Johor Premium Outlet (JPO).
"Saya datang JPO bukan untuk 'shopping' tetapi untuk tengok solar," katanya.
Selepas itu, Akmal Nasrullah juga meninjau kemudahan ladang solar di Southern Power Generation.
"Dulu saya pernah masuk hidro (janakuasa hidro elektrik)... Hidro tu hidro mana zaman sekolah dulu," katanya.
Beliau dan Skuad PETRA kemudian meneruskan perjalanan dengan melawat meninjau Senibong Submarine Interconnection Station (SSIS) yang mempunyai 37 menara di dua litar talian penghantar ini yang panjangnya 9.2 kilometer termasuk dua lintasan lebuh raya utama.
Talian penghantar berkenaan mula beroperasi pada Ogos 2022 dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM16 juta.
Akmal Nasrullah kemudian melawat pencawang elektrik Dato Onn dan mengakhiri lawatannya dengan meninjau kawasan dilanda banjir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!