Mengharap janji Kabinet bersih dikota

Muhyiddin - Foto Bernama
Muhyiddin - Foto Bernama
A
A
A

1. DEWAN Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik sebagai YAB Perdana Menteri Malaysia ke-8.

2. DPIM menghormati keluhuran perlembagaan dan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai YAB Perdana Menteri Malaysia ke-8. DPIM berharap kepimpinan baharu yang diterajui YAB Perdana Menteri akan bergerak pantas untuk mengembalikan keyakinan pelabur kepada ekonomi Malaysia yang terjejas kesan krisis politik yang berlaku.

3. Ketokohan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin yang menentang gejala rasuah dan kleptokrat mesti terus diterjemahkan dengan mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pentadbiran yang telus dan berintegriti.

4. DPIM berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengotakan janji membentuk Kabinet yang terdiri dari ahli Parlimen yang bersih dari gejala rasuah, profesional dan beretika demi menyuburkan semula amalan integriti yang tinggi dalam kerajaan baharu Perikatan Nasional.

5. DPIM beriltizam untuk terus menjadi suara usahawan Muslim dengan menyokong dasar kerajaan yang fokus kepada ekonomi rakyat dan pada masa yang sama memantau keutamaan negara yang lain seperti isu sara hidup, pendidikan dan penjagaan kesihatan agar sentiasa berteraskan prinsip keadilan dan kemakmuran bersama.

*Abdul Mohsein ialah Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia

Artikel Berkaitan: