PM arah LIMA '25 beri penekanan kepada syarikat tempatan

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri mengarahkan supaya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini memberi penekanan kepada pemerkasaan syarikat tempatan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Setiausaha Akhbar Kanan beliau, Tunku Nashrul Tunku Abaidah berkata, ia khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar dapat menembusi pasaran antarabangsa melalui inovasi.

''LIMA juga akan memangkin pertumbuhan ekonomi dengan menarik pelaburan langsung asing dan merancakkan pelancongan serta perdagangan luar negara,'' katanya menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri pada Isnin.

Ujar beliau, penganjuran LIMA '25 mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh kedudukan negara sebagai hab teknologi maritim dan aeroangkasa di peringkat serantau dan global.

''LIMA 2025 bukan sekadar pameran aset dan teknologi, tetapi medan strategik untuk membina kerjasama antara kerajaan, industri dan institusi pendidikan, dengan menghimpunkan pemain utama dalam sektor pertahanan dan penerbangan komersial, termasuk dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan pengubahsuaian (MRO), interne pelbagai benda (IoT), satelit dan teknologi angkasa,'' jelas beliau.

Penganjuran LIMA '25 memasuki edisi ke-17 bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.

Pameran itu turut mengetengahkan kepentingan pemain-pemain industri untuk sentiasa berinovasi dan meningkatkan daya saing, seiring dengan perkembangan teknologi yang kian pesat.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan beliau dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Rusia selama empat hari bermula Selasa bagi memenuhi undangan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Lawatan tersebut akan merangkumi lawatan ke Moscow dan Kazan, Tatarstan.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga akan menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa Ke-16 atas jemputan Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov.

Semasa di Moscow Anwar berucap di Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO), mengadakan perjumpaan dengan ahli perniagaan Rusia dan mengadakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia.

Di Kazan pula, beliau akan menyampaikan ucaptama semasa sesi plenari KazanForum pada 16 Mei disusuli menyampaikan ucapan di Mesyuarat Strategic Vision Group dan mengadakan pertemuan dengan Rustam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!