'Saya masih belajar, akan melangkah dengan rendah diri' - Bella Astillah

Bella Astillah menerima Anugerah Ikon Ibu Muda sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025.
Bella Astillah menerima Anugerah Ikon Ibu Muda sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025.
A
A
A

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah menerima Anugerah Ikon Ibu Muda sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, menerima sijil, selempang dan sejambak bunga yang disampaikan oleh isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin dan disaksikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi kelahiran Negeri Di Bawah Bayu itu turut menzahirkan kesyukuran atas penghargaan yang diterimanya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur menerima anugerah ini dan sejujurnya, saya rasa lebih ramai yang layak, tetapi mungkin ini rezeki saya.

“Saya juga memohon maaf atas pemilihan pakaian yang dipakai hari ini kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai kod pakaian.

“Apapun, terima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang ditunjukkan. Saya masih belajar dan akan melangkah dengan rendah diri,” katanya.

Terdahulu, Nancy menghadiri Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 bertemakan 'Sentuhan Kasih Ibu' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Majlis itu dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), dan dirasmikan oleh Toh Puan Faridah. Turut hadir ialah isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.

Artikel Berkaitan:

Anugerah Ikon Ibu Muda diperkenalkan buat julung kalinya dan dianugerahkan kepada Bella Astillah sebagai inspirasi kepada ibu muda yang memanfaatkan sepenuhnya bakat yang dimiliki untuk bangkit daripada sejarah hidup penuh cabaran demi membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Selain itu, Anugerah Ibu Inspirasi 2025 diberikan kepada Kasmirah Jaafar, anak kelahiran Bekok, Johor, yang menghabiskan lebih separuh daripada usianya di Sabah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!