Budak rentung: Adun Pantai Jerejak ucap takziah

Mangsa, Muhammad Saifuddin yang berusia 8 tahun rentung dalam kontena yang terbakar di padang permainan di Jalan Bahagia, Kampung Jawa, hari ini.
Mangsa, Muhammad Saifuddin yang berusia 8 tahun rentung dalam kontena yang terbakar di padang permainan di Jalan Bahagia, Kampung Jawa, hari ini.
A
A
A

GEORGETOWN - Adun Pantai Jerejak, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak Muhammad Saifuddin Ali Subahan, 8, yang terkorban dalam kebakaran sebuah kontena di Jalan Bahagia, Kampung Jawa di sini, hari ini.

“Saya ucapkan takziah atas kejadian yang menimpa anak Subahan Seeni yang meninggal dalam satu kejadian kebakaran di sebuah kabin dalam jam 12.30 petang tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Budak rentung ditemukan terduduk di sudut kontena]

“Allahyarham ialah anak ketiga Subahan dan belajar di Darjah 2 Sekolah Kebangsaan Bayan Baru,” katanya.

Saifuddin berkata, pihaknya melalui Pusat Khidmat Adun Pantai Jerejak akan menyampaikan sumbangan awal kepada keluarga mangsa.

“Pejabat saya akan hulurkan bantuan awal RM1,000 kepada keluarga mangsa dan saya akan melawat keluarga mangsa dalam masa terdekat.

“Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada adik Mohd Saifuddin, semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Artikel Berkaitan: