Idrus Harun dilantik Peguam Negara ganti Tommy Thomas

Gambar dari kiri: Tommy Thomas, Idrus Harun
Gambar dari kiri: Tommy Thomas, Idrus Harun
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara bagi menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan Tan Sri Tommy Thomas.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, Idrus dilantik bagi tempoh dua tahun berkuasa hari ini.

"Selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan terhadap perlantikan itu," katanya.

Menurut kenyataan itu, baginda juga memperkenankan permohonan Tommy untuk memendekkan perkhidmatannya berkuat kuasa 28 Februari selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tommy Thomas letak jawatan

"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Peguam Negara," katanya.

Idrus, 65, berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) Universiti Malaya memulakan kerjaya sebagai pegawai undang-undang pada tahun 1980 dan memegang pelbagai jawatan selepas itu.

Anak kelahiran Sanglang, Kedah itu dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2014 dan sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 November 2018.

Artikel Berkaitan: