Tommy Thomas letak jawatan

Tommy Thomas
Tommy Thomas
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Selepas memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam LTTE minggu lalu, Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas akhirnya melepaskan jawatannya.

Sumber rapat memaklumkan, surat perletakan jawatan itu diserahkan kepada Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Iya, baru tadi," katanya.

Difahamkan Tommy sudah dua hari tidak memasuki pejabatnya di sini.