Insiden bom jauh dari kawasan pelancong

Fakhrul Aizat bergambar bersama warga Pakistan.
Fakhrul Aizat bergambar bersama warga Pakistan.
A
A
A

SHAH ALAM - Keadaan Pakistan masih terkawal dan normal seperti hari kebiasaan meskipun berdepan konflik susulan serangan udara India ke atas wilayah Pakistan dan Kashmir.

Pempengaruh, Fakhrul Aizat Agos Lokman, 36, berkata, insiden tersebut tidak mengganggu ketenteraman penduduk kerana lokasi kejadian berkenaan terletak jauh dari kawasan dilaluinya.

Ujar Fakhrul Aizat, kali ini dia bersama rakan-rakannya melancong ke Pakistan sejak 1 Mei lalu bagi melihat pemandangan dan mempelajari budaya negara berkenaan.

“Insiden terkini melibatkan India yang menjatuhkan bom berlaku di Muzaffarabad iaitu di wilayah Kashmir yang berada dalam bahagian Pakistan.

“Kawasan tersebut sebenarnya jauh dari lokasi tumpuan pelancong di utara Pakistan. Sepanjang sembilan hari saya berada di sini, apa yang saya perhatikan ialah kehidupan rakyat Pakistan berjalan seperti biasa, tanpa sebarang kegusaran yang ketara.

“Ibarat insiden berlaku di Perlis, sedangkan saya di Melaka,” katanya kepada Sinar Ahad.

Fakhrul Aizat merupakan pemandu pelancong yang sering memuat naik kandungan melancong sekitar India di media sosial.

Menurutnya yang juga jurugambar, berdasarkan pengalamannya di Pakistan, penduduk dan pelancong sedia maklum mengenai insiden itu, namun mereka tidak panik dan masih bertenang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!