Dua beranak maut nahas: Pemandu treler positif dadah direman empat hari

Pemandu treler yang menyebabkan kematian dua beranak direman empat hari bermula Sabtu.
Pemandu treler yang menyebabkan kematian dua beranak direman empat hari bermula Sabtu.
A
A
A

PONTIAN - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga meragut nyawa dua beranak di Kilometer 34.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Sedenak pada Khamis direman selama empat hari bermula Sabtu.

Majistret Arina Azmin Ahmad Marzuki membenarkan permohonan reman ke atas lelaki berusia 39 tahun itu sehingga 13 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, suspek ditahan selepas hadir membuat laporan di Balai Polis Kulai dan hasil ujian urin mendapati lelaki berkenaan positif dadah.

Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, treler membawa muatan kontena timah dipandu suspek dipercayai hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah Toyota Hilux sebelum memasuki lorong bertentangan.

Kenderaan berat itu kemudian merempuh Toyota Estima dinaiki mangsa dan sebuah Mazda CX-5.

Nahas tersebut mengorbankan Gee Yin Chin, 42, dan anak perempuannya, Neo Jo Ee, 15, yang berada dalam Toyota Estima.

Suami Yin Chin serta dua anak lelaki mereka turut cedera dan dikejarkan ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim sebelum dirujuk ke hospital swasta.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!