Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ditangguhkan

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya adalah acara tahunan yang dinantikan namun terpaksa ditangguhkan berikutan peningkatan penularan wabak Covid-19.
Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya adalah acara tahunan yang dinantikan namun terpaksa ditangguhkan berikutan peningkatan penularan wabak Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM - Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya anjuran AKA Ballon Sdn Bhd yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 22 Mac ini ditangguhkan ekoran kebimbangan yang semakin meningkat terhadap penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pegawai Eksekutif AKA Balloon Sdn Bhd, Nur Izzati Khairudin berkata, keputusan penangguhan program anjuran bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu bertujuan menjaga kesihatan dan keselamatan orang awam, juruterbang, vendor, pembekal, kakitangan dan keluarga masing-masing.

"Ini adalah keputusan yang amat sukar buat kami kerana pesta ini adalah acara tahunan yang dinantikan, malah kami berharap dapat menarik seramai 200,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjuran acara ini.

“Namun, selepas membuat pertimbangan yang teliti, amat sukar untuk kami untuk meramalkan skala penularan wabak semasa tarikh acara berlangsung dan ketidakpastian pergerakan rentas sempadan pengunjung, juruterbang dan kakitangan," katanya.

Artikel Berkaitan: