Harga runcit RON97, RON95, diesel turun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 turun 21 sen kepada RM2.19 seliter dan RON95 turun sebanyak 19 sen kepada RM1.89 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga runcit diesel turut mengalami penurunan diesel sebanyak 17 sen kepada RM1.96 seliter.

"Harga runcit berkenaan bagi tempoh 7 sehingga 13 Mac 2020," katanya.

Kerajaan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) bagi penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan.

Artikel Berkaitan: