Harry Maguire, bukan kaleng-kaleng!
MUAT naik status menggunakan bahasa Indonesia di Instagram pasukan gergasi bola sepak Eropah Manchester United (MU) membuatkan para peminat dari Indonesia dan Malaysia begitu teruja.
Akaun rasmi tersebut dengan kapsyen, "Harry Maguire, bukan kaleng-kaleng! Yuk (Jom) cetak (skor) gol seperti ini lagi, di liga FA Cup nanti" turut menarik perhatian netizen yang menyifatkan admin Instagram itu memahami bahasa Indonesia.
Instagram yang memiliki 34. 3 juta pengikut itu menunjukkan aksi pemain pertahanan, Harry Maguire berusia 27 tahun itu menjaringkan gol terbaik dalam perlawanan sebelum ini.
Rata-rata peminat yang berada di Indonesia dan Malaysia membanjiri ruangan komen kerana begitu teruja dengan kapsyen yang di muat naik itu.
"Sejak bila orang Inggeris tau 'bukan kaleng kaleng' ini." kata @amp.
Kata @fami_ila, "Bukan biashe-biashe admin Instagram MU ni..."
Tambah @rianbia, "Admin ini belajar bahasa Indonesia mungkin atau guna penterjemahan Google."
Bagaimanapun, netizen menyifatkan perkara tersebut adalah satu pendekatan terbaik yang dilakukan oleh admin Instagram tersebut kerana berjaya menyatukan peminat MU dari seluruh dunia.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amWanita tempatan disyaki dirogol lelaki warga Bangladesh di pusat beli-belah
12 Oktober 2026 01:44pmDua jururawat dipecat rakam pesakit, muat naik kapsyen ‘sangat bosan’
12 Oktober 2026 08:15amKes Shuhaily: Dua anggota polis kemuka laporan tambahan
12 Oktober 2026 08:17amBudak 11 tahun maut akibat tembakan 'ginsok' di kepala
12 Oktober 2026 05:28pm- Iklan -- Iklan -
