Seekor lagi buaya ditangkap di Kampung Parit Lapis

Buaya betina yang ditangkap penduduk selepas membaham kambing ternakkannya dalam kejadian di Kampung Parit Lapis, Taman Nira, Batu Pahat pada Jumaat.
Buaya betina yang ditangkap penduduk selepas membaham kambing ternakkannya dalam kejadian di Kampung Parit Lapis, Taman Nira, Batu Pahat pada Jumaat.
A
A
A

BATU PAHAT – Seekor lagi buaya tembaga berjaya ditangkap penduduk di Kampung Parit Lapis, Taman Nira di sini, pada pagi Jumaat, menjadikan ia tangkapan kedua dalam tempoh dua hari lalu.

Reptilia betina seberat kira-kira 300 kilogram dan sepanjang tiga meter itu ditemui bersidai berhampiran tebing anak Sungai Batu Pahat kira-kira jam 9 pagi, dipercayai selepas membaham seekor kambing ternakan penduduk.

Penduduk kampung, M Nazri Sadikin, 54, berkata, dia menyedari kehadiran haiwan berkenaan ketika dalam perjalanan ke kandang kambing miliknya yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

“Saya terkejut melihat buaya berhampiran bangkai kambing. Saya percaya ia baru sahaja membaham ternakan itu.

"Ini merupakan tangkapan kedua selepas seekor buaya jantan seberat 410 kilogram sepanjang 4.5 meter ditangkap penduduk kampung dua hari lalu," katanya kepada Sinar Harian.

M Nazrin bersama beberapa penduduk menangkap buaya betina yang membaham kambing ternakannya dalam kejadian di Kampung Parit Lapis, Taman Nira, Batu Pahat pada Jumaat.
M Nazrin bersama beberapa penduduk menangkap buaya betina yang membaham kambing ternakannya dalam kejadian di Kampung Parit Lapis, Taman Nira, Batu Pahat pada Jumaat.

Jelasnya lagi, tidak jauh dari lokasi penemuan buaya betina itu, mereka turut menemui sebuah busut yang dipercayai sarang reptilia tersebut bersama 57 biji telur yang baru bertelur dalam tempoh empat atau lima hari lalu.

Katanya, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dimaklumkan mengenai penemuan itu dan menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

“Jarak tangkapan buaya pertama dan kedua cuma sekitar 100 meter. Kami percaya Sungai Batu Pahat menjadi habitat kepada lebih 50 ekor buaya berdasarkan pemerhatian dan kejadian yang berlaku,” ujarnya.

Tambahnya, kemunculan buaya di kawasan itu semakin kerap sejak lebih sedekad lalu dan kini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk kampung.

“Kami bimbang keselamatan, bukan hanya ternakan, tetapi juga penduduk. Kami harap pihak berkuasa dapat mengambil langkah segera sebelum kejadian lebih buruk berlaku,” katanya.

Sebelum itu tular beberapa video memaparkan penduduk berjaya menangkap buaya berkenaan dan ramai tidak menyangka kehadiran reptilia itu di kawasan Batu Pahat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!