Buaya seberat 410kg ditangkap dalam kebun sawit

Buaya seberat 410kg berjaya ditangkap di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Kampung Parit Gantong Laut, Parit Lapis Batu Pahat pada Rabu. Foto JBPM
Buaya seberat 410kg berjaya ditangkap di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Kampung Parit Gantong Laut, Parit Lapis Batu Pahat pada Rabu. Foto JBPM
A
A
A

BATU PAHAT - Seekor buaya betina seberat 410 kilogram (kg) berjaya ditangkap selepas ditemui di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Kampung Parit Gantong Laut, Parit Lapis, Taman Nira pada pagi Rabu.

Komander Operasi dari Balai dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Nur Eddy Paiman berkata, panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima jam 10.30 pagi.

"Buaya sepanjang 4.5 meter itu telah berjaya ditangkap oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba.

"Anggota bomba bertindak menyerahkan buaya berkenaan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelas beliau, operasi turut dibantu oleh empat anggota Perhilitan dan empat anggota dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Katanya, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.45 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!