Ajal rempuh pacuan empat roda

Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di lokasi kejadian.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh kenderaan rosak di lorong kecemasan Lebuhraya Butterworth-Kulim Ekspressway (BKE) di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi, mangsa, Muhammad Aiman Saad, 20, dikatakan tidak sempat mengelak kenderaan jenis pacuan empat roda yang memberhentikan kenderaan di tepi jalan Kilometer 11.9 Lebuhraya BKE dari arah Kulim Ke Seberang Jaya.

Difahamkan, pacuan empat roda berkenaan berhenti di kawasan itu selepas mengalami tayar pancit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, akibat kejadian itu, mangsa yang berasal dari Kampung Padang Nyior, Mukim Padang Terap Kiri, Kuala Nerang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, motosikal mangsa terperosok di bawah pacuan empat roda berkenaan manakala mangsa tercampak ke atas jalan raya.

"Mangsa disahkan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mohd Mustafa berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan pemilik pacuan empat roda yang berusia 56 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: