India angkut serpihan bangkai pesawat ditembak jatuh

Serpihan bangkai pesawat yang dipercayai milik India telah ditembak jatuh Pakistan ditemui di bandar Pampore, daerah Pulwama di wilayah Kashmir pada Rabu.
Serpihan bangkai pesawat yang dipercayai milik India telah ditembak jatuh Pakistan ditemui di bandar Pampore, daerah Pulwama di wilayah Kashmir pada Rabu.
A
A
A

SRINAGAR - Serpihan bangkai pesawat yang dipercayai telah ditembak jatuh Pakistan ditemui di bandar Pampore, daerah Pulwama di wilayah Kashmir pada Rabu.

BBC melaporkan objek tersebut telah diangkut menggunakan jengkaut selepas pasukan keselamatan mengepung lokasi berkenaan.

"Pasukan Tentera Udara turut dikerahkan ke kawasan tersebut untuk melakukan pemeriksaan lanjut," jelas laporan itu lagi.

Penduduk sekitar di Pampore memberitahu mereka terdengar bunyi dentuman kuat ketika beberapa jet pengebom berlegar-legar ketika Operasi Sindoor dilancarkan ke atas sejumlah lokasi di Pakistan.

Sehingga kini, pihak berkuasa belum mengesahkan jenis atau milik siapa pesawat berkenaan setelah New Delhi enggan mengiyakan dakwaan Islamabad yang bertindak melancarkan serangan balas ke atas jet mereka. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!