Lelaki hilang ditemukan maut, terjatuh ketika mendaki Gunung Keriang

ALOR SETAR – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Keriang, pada petang Selasa.
Komander Operasi Kanan Zon 1 Kota Setar, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar menerima panggilan kecemasan pada jam 6.15 petang bagi membantu mencari mangsa yang disyaki hilang.
Menurutnya, sepasukan 10 anggota dari BBP Alor Setar bergegas ke lokasi untuk melakukan pencarian.
“Maklumat awal memaklumkan bahawa mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri, dipercayai akibat terjatuh semasa mendaki,” katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa kemudian dibawa turun dengan kebenaran pihak polis sebelum tiba di kaki gunung pada jam 9.30 malam.
Sebaik tiba di bawah, petugas Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
“Operasi tamat pada jam 10.14 malam selepas kes diserahkan kepada pihak berkuasa,” ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

