Ubah suai tangki bas persiaran seludup diesel

JOHOR BAHRU - Sebuah bas persiaran disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan diesel selepas dikesan melakukan pengubahsuaian tangki ketika melalui pemeriksaan dalam satu operasi khas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) baru-baru ini.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor memaklumkan, pemeriksaan awal mendapati terdapat perubahan ketara pada struktur tangki bahan api bas berkenaan.

"Hasil pemeriksaan awal terhadap bas tersebut telah mengesyaki menjalankan aktiviti penyeludupan diesel kerana mendapati perubahan pada struktur tangki dan diarahkan ke JPJ Negeri Johor untuk pemeriksaan lanjut.

"Pemeriksaan lanjut terhadap bas tersebut mendapati tangki asal bas tersebut telah diubah suai dengan mengubah kapasiti asal tangki," katanya dalam muat naik di Facebook pada Selasa.
Tambahnya lagi, kenderaan terbabit kini disita bagi membantu siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

