Pelajar maahad tahfiz kongsi rahsia 11A+ SPM

Wan Mohamad Syukri (tengah) bersama ayah dan ibunya selepas diumumkan pelajar cemerlang SPM di Dewan MTNP semalam.
Wan Mohamad Syukri (tengah) bersama ayah dan ibunya selepas diumumkan pelajar cemerlang SPM di Dewan MTNP semalam.
A
A
A

KUANTAN - Sikapnya yang suka mengajar dan berkongsi ilmu dengan rakan lain menjadi kunci kejayaan Wan Mohamad Syukri Wan Adree,18, yang diumumkan sebagai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam.

Pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) itu mendapat keputusan 11 A+ tidak menyangka terpilih sebagai pelajar terbaik tetapi mengakui bukan sesuatu yang mudah sebaliknya memerlukan ketekunan dan usaha tanpa jemu.

"Tanpa usaha kita tidak dapat hasilnya. Sebab itu saya banyak membantu memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan kawan-kawan supaya saya lebih memahami semua mata pelajaran itu," katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Pengumuman dan Penyampaian Slip Keputusan SPM di Dewan Utama MTNP semalam.

Mahmod (tengah) menyerahkan keputusan SPM kepada Wan Mohamad Syukri yang merupakan pelajar cemerlang MTNP pada SPM 2019.
Mahmod (tengah) menyerahkan keputusan SPM kepada Wan Mohamad Syukri yang merupakan pelajar cemerlang MTNP pada SPM 2019.

Majlis penyampaian itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Datuk Dr Zulkifle Ali Al-Hafiz.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia turut memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas supaya lebih faham dan banyak bertanya kepada guru.

Sementara itu, bapanya, Wan Adree Wan Yusof, 45, tidak menyangka anak sulungnya itu membanggakan keluarga.

Bagaimanapun dia sentiasa memberi sokongan bagi memastikan Wan Mohamad Syukri terus berjaya.

Artikel Berkaitan:

"Perjalanan hidupnya masih panjang tetapi saya yakin anugerah yang diberikan ALLAH ini akan membuatkan dirinya terus berjaya," katanya.