Dua saudara mati dibunuh, dilemaskan dengan beg plastik

Mohd Zaini (depan) mengesahkan dua mangsa maut akibat lemas di rumah mereka.
Mohd Zaini (depan) mengesahkan dua mangsa maut akibat lemas di rumah mereka.
A
A
A

KLANG - Polis mengesahkan kematian seorang wanita dan anak saudaranya yang dipercayai dibunuh dalam sebuah rumah di Semenyih, Selangor pada Jumaat disebabkan kelemasan akibat beg plastik atau 'plastic bag suffocation'.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan berkata, maklumat itu diperoleh selepas menerima laporan bedah siasat oleh Jabatan Forensik Hospital Serdang yang dijalankan ke atas mayat dua mangsa tersebut.

"Hasil bedah siasat mendapati, mangsa yang meninggal dunia dalam rumah itu disebabkan sesak nafas (plastic bag suffocation).

"Tiada tangkapan setakat ini. Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Isnin.

Terdahulu pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan bahawa polis menerima laporan berhubung kejadian itu jam 8.43 malam.

Ia merupakan hasil makluman seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun yang mengesyaki sesuatu, selepas terhidu bau busuk dari rumah kakaknya.

Siasatan awal mendapati, kakak pengadu yang tinggal bersama anak saudaranya itu sudah hampir 10 hari tidak kelihatan di kawasan rumah mereka.

Pemeriksaan di lokasi mendapati tiada kesan geledah manakala pintu rumah berkunci dari dalam.

Pihak polis juga memaklumkan seramai lima individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung penemuan dua mayat tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!