Pelan jahat 'takluk' Gaza

Unit kereta kebal IDF berada di kedudukan berhampiran sempadan Israel dengan Genting Gaza pada Isnin. Foto Agensi
Unit kereta kebal IDF berada di kedudukan berhampiran sempadan Israel dengan Genting Gaza pada Isnin. Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV – Kabinet keselamatan Israel meluluskan pelan jahat untuk memperluaskan operasi ketenteraan ke atas Genting Gaza termasuk 'penaklukan' wilayah tersebut.

Keputusan itu dibuat pada lewat Isnin, beberapa jam selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengeluarkan notis kerahan ke atas ribuan anggota simpanan untuk kempen pencerobohan baharu tersebut.

Rancangan keji itu termasuk memindahkan penduduk Gaza ke selatan di 'penjara terbuka' yang digelar Zionis sebagai 'zon kemanusiaan' baharu.

"Kandungan pelan itu turut meliputi serangan yang akan diperhebatkan ke atas Hamas," menurut sumber rejim Tel Aviv.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menghebahkan Kabinet keselamatan sedang berbincang tentang fasa seterusnya dalam Perang Gaza menerusi mesej video yang dimuat naik di platform X tidak lama selepas pejuang Huthi melancarkan misil berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion.

Sejak kempen pengeboman dilancarkan semula ke atas Gaza pada pertengahan Mac lalu, Israel sudah pun menguasai hampir satu pertiga wilayah Gaza termasuk menubuhkan zon penampan baharu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!