Kejohanan Perahu Layar Terbuka Perlis

A
A
A
Aksi peserta mengendalikan perahu layar pada Kejohanan Perahu Layar Terbuka Perlis ke-11 di Tasik Timah Tasoh, hari ini.

Kejohanan selama tiga hari yang bermula Jumaat lalu menyaksikan penyertaan 135 pelayar dari 12 negeri seluruh Malaysia.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Optimist, ILCA, Open Raceboard dan RS:One, dengan kategori Optimist bawah 15 tahun mencatatkan penyertaan tertinggi.

Seramai sembilan atlet kebangsaan turut bersaing dalam kejohanan ini yang menjadi medan persediaan menghadapi Langkawi Youth Championships pada Jun 2025 dan Selangor Regatta pada Ogos 2025.

Kejohanan ini bukan sahaja mencungkil bakat pelayar muda, malah turut memberi pendedahan kepada atlet kebangsaan dan negeri serta mempromosi Perlis sebagai destinasi sukan air bertaraf nasional.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!