Zionis keluar notis panggilan kepada ribuan anggota simpanan

Israel terus memperhebatkan kempen pengeboman ke atas seluruh Gaza. Foto AFP
Israel terus memperhebatkan kempen pengeboman ke atas seluruh Gaza. Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada Sabtu mengeluarkan notis panggilan kepada ribuan anggota simpanan untuk menyokong operasi ketenteraan yang diperluaskan di Genting Gaza.

Media tempatan melaporkan pasukan itu akan turut ditempatkan di kawasan bersempadan Lubnan dan wilayah Tebing Barat untuk menggantikan tentera biasa yang akan menggempur Gaza.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengumumkan pemimpin itu menjadualkan semula lawatannya ke Azerbaijan setelah melihat perkembangan situasi di Gaza dan Syria.

Keputusan itu dibuat setelah Kabinet Keselamatan Israel meluluskan pelan peluasan operasi ke atas enklaf tersebut yang ketika ini berdepan sekatan ketat terhadap akses bantuan kemanusiaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamas memaklumkan kepada negara perantara proses damai bahawa mereka akan membebaskan sejumlah tawanan warga asing dalam tempoh terdekat.

Perkara itu disampaikan Abu Ubaida yang merupakan jurucakap sayap tentera, Briged al-Qassam menerusi aplikasi Telegram.

Ia bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang jumlah tawanan atau identiti mereka yang akan dibebaskan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!