Angkasa anjur ACD2025 platform perkasa koperasi ASEAN

Khairul Dzaimee (tiga dari kiri) bersama Abdul Fattah (tiga dari kanan) melancarkan Asean Cooperative Dialogue (ACD) 2025 yang akan diadakan pada 13-14 Mei 2025 di Sunway Resort Hotel.
Khairul Dzaimee (tiga dari kiri) bersama Abdul Fattah (tiga dari kanan) melancarkan Asean Cooperative Dialogue (ACD) 2025 yang akan diadakan pada 13-14 Mei 2025 di Sunway Resort Hotel.
A
A
A

PETALING JAYA – ASEAN Cooperative Dialogue 2025 (ACD 2025) bakal menjadi platform penting bagi pemimpin koperasi dari sembilan negara ASEAN membincangkan isu kritikal serta meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, ACD 2025 menandakan langkah awal untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan, pelancongan, teknologi digital, kewangan Islam dan pembangunan produk halal di peringkat serantau.

Menurutnya, program tersebut turut mendapat sokongan penuh kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi pengumuman peruntukan sebanyak RM6 juta kepada Angkasa semasa Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 pada 26 Julai tahun lalu bagi pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik koperasi negara.

Abdul Fattah, Khairul Dzaimee
Abdul Fattah, Khairul Dzaimee

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1 juta merupakan peruntukan baharu khusus untuk pelaksanaan program ASEAN Co-operative sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN 2025.

“Peruntukan ini bukan sahaja membuktikan keyakinan kerajaan terhadap potensi koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi rakyat, malah mengukuhkan jaringan ekonomi serantau serta menjadi platform mempertingkat kesejahteraan sosial di peringkat komuniti ASEAN.

“Ia juga menggambarkan keseriusan kerajaan dalam memastikan koperasi diberikan peranan lebih besar dan strategik dalam pelan pembangunan serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Pra-Peluncuran dan sidang akhbar ACD 2025 di Wisma Ungku A. Aziz, di sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Abdul Fattah (empat dari kiri) dan Khairul Dzaimee (lima dari kiri) bersama rakan strategik dalam Majlis Pra Pelancaran ACD2025.
Abdul Fattah (empat dari kiri) dan Khairul Dzaimee (lima dari kiri) bersama rakan strategik dalam Majlis Pra Pelancaran ACD2025.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud; Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Zamri @ Fazillah Salleh; Timbalan Presiden Angkasa, Dr Mohd Azlan Yahya serta tetamu kehormat lain.

ACD 2025 yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Mei di Sunway Resort Hotel, Selangor adalah anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Angkasa dan ASEAN Co-operative Organization (ACO), serta rakan strategik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

Antara aktiviti utama termasuk ASEAN Cooperative Product Showcase, ASEAN Cooperative Forum 2025 (ACF 2025) dan ASEAN Cooperative High-level Discussion 2025 (ACHLD 2025), dan akan disampaikan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, pada Majlis Makan Malam dan Penutupan ACD 2025.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, program yang bakal menghimpunkan 150 peserta dari sembilan negara ASEAN itu merupakan peluang terbaik untuk menampilkan pencapaian koperasi Malaysia di pentas serantau, khususnya dalam sektor pendidikan, komuniti dan pengguna.

“Inisiatif ini turut membuka potensi baharu kepada koperasi kecil dan sederhana untuk menembusi pasaran ASEAN melalui konsep Cooperative-to-Cooperative (C2C), sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi dari akar umbi.

“ACD 2025 dilihat sebagai wadah pemerkasaan koperasi dalam mendepani cabaran ekonomi serantau serta permulaan kepada pembentukan dasar dan kerjasama rentas sempadan yang lebih mantap antara negara-negara ASEAN.

“Saya juga berharap program ini menjadi titik tolak kepada penubuhan satu mekanisme tetap di peringkat ASEAN bagi menyelaras kerjasama koperasi serantau secara sistematik dan berkesan demi memastikan koperasi menjadi platform berimpak tinggi dalam memperkukuh jaringan ekonomi rakyat serantau,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!