Kanak-kanak dua tahun hampir lemas di kolam inap desa

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis menerima maklumat dari kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) memaklumkan bilik kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, sedang merawat seorang kanak-kanak lelaki hampir lemas.
Menurutnya, kejadian disedari ibu mangsa yang secara tiba-tiba mendapati kanak-kanak itu tiada bersama di dalam bilik inap desa berkenaan.
"Ibunya menyedari anak tiada bersama dengan pantas keluar mencari dan mendapati dalam keadaan hampir lemas di kolam terbabit.
"Mangsa kemudian dibawa ke HSAH untuk tindakan segera," katanya.
Difahamkan, kanak-kanak itu dikatakan menginap di inap desa terbabit bersama ibu bapanya selepas selesai menghadiri majlis kenduri kahwin.
Jelasnya, setakat ini, kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Zon Merah Jabatan Kecemasan HSAH.
Beliau berkata, siasatan lanjut mengenai kejadian sedang dilakukan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

