GE2025: 82 peratus sudah keluar mengundi

Sebanyak 1,240 pusat pengundian disediakan di seluruh negara. - Foto AFP
Sebanyak 1,240 pusat pengundian disediakan di seluruh negara. - Foto AFP
A
A
A

SINGAPURA - Kira-kira 82 peratus pengundi telah menunaikan kewajipan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 Singapura (GE2025) setakat jam 5 petang Sabtu.

Jabatan Pilihan Raya (ELD) menerusi kemaskini mereka mengesahkan seramai 2.16 juta rakyat Singapura telah mengundi di 1,240 pusat pengundian di seluruh negara.

"Jumlah itu adalah lebih 80 peratus daripada 2,627,026 pengundi layak pada pemilihan kali ini," jelasnya lagi.

ELD turut menyarankan para pengundi menjalankan tanggungjawab mereka mengikut kesesuaian waktu masing-masing dan tidak perlu tergesa-gesa memandangkan pusat pengundian akan ditutup pada jam 8 malam. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!