Putera Harry mahu berdamai dengan keluarga diraja Britain

LONDON - Pewaris keenam takhta Britain, Putera Harry pada Jumaat menyatakan beliau mahu berdamai dengan keluarga dirajanya, namun berasa agak kecewa dengan keputusan mahkamah yang tidak berpihak kepadanya.
“Adalah mustahil untuk membawa pulang keluarga saya ke London selepas mahkamah pada Khamis menolak perlindungan keselamatan kepada kami.
“Sudah tentu ada ahli keluarga yang tersinggung dan tidak akan memaafkan saya kerana pelbagai pendedahan memalukan menerusi buku hasil tulisan saya, Spare. Tetapi, saya benar-benar mahu memulihkan semula hubungan kami,” katanya kepada BBC.
Putera bongsu Raja Charles III itu berjuang di mahkamah selepas kerajaan menurunkan tahap keselamatannya setelah Duke of Sussex berusia 40 tahun itu melepaskan tugas diraja dan keistimewaan beliau pada 2020 dan berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama isterinya, Meghan dan anak mereka, Archie.
Menurutnya, beliau tidak lagi akan membuat tuntutan baharu di Mahkamah Agung dan akur dengan keputusan tersebut. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

