272 orang dipindahkan akibat banjir di Sabah

Sebanyak 272 orang daripada 87 keluarga dipindahkan akibat banjir di Sook setakat 8 malam ini. Gambar hiasan
Sebanyak 272 orang daripada 87 keluarga dipindahkan akibat banjir di Sook setakat 8 malam ini. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 272 orang daripada 87 keluarga dipindahkan akibat banjir di Sook setakat 8 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 203 orang daripada 64 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 manakala 69 orang daripada 23 keluarga berlindung di PPS Balai Raya Kampung Molosok Dalit.

"Sebanyak empat kampung terjejas akibat banjir di Sook," menurut kenyataan itu.

Sook merupakan sebuah daerah di pedalaman Sabah yang terletak 147 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!