Di mana Nur Shazwani?

Nur Shazwani
Nur Shazwani
A
A
A

SUNGAI BESAR - Polis memohon orang ramai mengesan seorang remaja perempuan yang tidak pulang ke rumahnya di pekan ini sejak 18 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, remaja terbabit, Nur Shazwani Shahru Azam, 17, dipercayai keluar dari rumah kira-kira jam 10 pagi.

"Kami menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu daripada bapanya berusia 47 tahun yang memberitahu anaknya memaklumkan ingin ke sebuah restoran makanan segera di pekan ini, tetapi sehingga kini tidak pulang ke rumah.

"Malah, mangsa dipercayai keluar ke restoran itu bersama seorang rakan," katanya kepada Sinar Harian.

Agus Salim berkata, kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat diperlukan bagi mencari dan mengesan mangsa yang dilaporkan hilang.

"Orang ramai diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam Sarjan Mohd Azizi Felani Abu Hassan di talian 017-2400063 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: