Lelaki sengaja langgar 7 murid kerana bosan

Suspek berusia 28 tahun berasal dari Tokyo kini sudah ditahan. - Foto: AFP
Suspek berusia 28 tahun berasal dari Tokyo kini sudah ditahan. - Foto: AFP
A
A
A

TOKYO – Polis Jepun menahan seorang lelaki selepas dia didakwa dengan sengaja melanggar tujuh murid sekolah rendah menggunakan keretanya di bandar Osaka, barat Jepun, pada Khamis.

Kejadian itu berlaku ketika kesemua murid sedang berjalan pulang dari sekolah. Mereka mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital, namun kesemua mangsa dilaporkan masih sedar.

Menurut seorang pegawai polis Osaka yang enggan dinamakan, suspek berusia 28 tahun dan berasal dari Tokyo.

“Saya sudah bosan dengan segalanya, jadi saya putuskan untuk membunuh orang dengan melanggar beberapa murid sekolah rendah menggunakan kereta yang saya pandu,” kata suspek kepada wartawan AFP selepas ditahan.

Suspek kini ditahan atas kesalahan disyaki cubaan membunuh dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!