Pemandu bas disaman, potong lori secara bahaya hampir cetus nahas

Seorang pemandu bas ekspres disaman selepas memandu secara berbahaya dengan memotong di garisan berkembar sehingga nyaris merempuh sebuah kereta pada Rabu. - Foto: FB IPD Segamat
Seorang pemandu bas ekspres disaman selepas memandu secara berbahaya dengan memotong di garisan berkembar sehingga nyaris merempuh sebuah kereta pada Rabu. - Foto: FB IPD Segamat
A
A
A

SEGAMAT – Seorang pemandu bas ekspres disaman selepas memandu secara berbahaya dengan memotong di garisan berkembar sehingga nyaris merempuh sebuah kereta di Kilometer 146, Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran Chaah, di sini.

Dalam kejadian yang dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam), bas berkenaan dilihat memotong sebuah lori walaupun berada di laluan garisan berkembar.

Tindakan itu menyebabkan kenderaan dari arah bertentangan terpaksa memperlahankan kenderaan bagi mengelak pertembungan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, video berdurasi 30 saat yang memaparkan kejadian itu mula tular di media sosial sejak malam Khamis.

“Polis mengesan rakaman kejadian itu sekitar jam 9 malam dan segera mengenal pasti pemandu terlibat sebelum tindakan diambil di bawah Peraturan 12(3)(a) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan hasil ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki berusia 50 tahun itu juga didapati negatif dadah.

Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan sebuah bas dipandu secara berbahaya hingga hampir merempuh kereta dari arah bertentangan.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka, insiden berkenaan berlaku sekitar jam 12.51 tengah hari pada 30 April ketika bas tersebut menghala ke Segamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!