Lelaki maut, motosikal terbabas rempuh pengadang besi di LPT2

Gambar tular menunjukkan keadaan motosikal ditunggang mangsa terbabas dan merempuh pengadang besi di Kilometer 332.3 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berdekatan Kuala Dungun pada pagi Khamis.
Gambar tular menunjukkan keadaan motosikal ditunggang mangsa terbabas dan merempuh pengadang besi di Kilometer 332.3 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berdekatan Kuala Dungun pada pagi Khamis.
A
A
A

DUNGUN – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan merempuh pengadang besi di Kilometer 332.3 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran Kuala Dungun pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 8.50 pagi itu, mangsa, Shahrul Isra Razekin, 39, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian tubuh.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kota Bharu, Kelantan.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Zontes 368 G yang ditunggang mangsa secara bersendirian hilang kawalan.

"Motosikal itu kemudian terbabas ke kiri lebuh raya dan merempuh besi pengadang jalan," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!