Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih RM123,000 di Miri

Mohd Farhan
Mohd Farhan
A
A
A

KUCHING - Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah benrilai lebih RM123,000 dalam dua serbuan berasingan di Miri, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, seorang lelaki warga asing berusia 27 ditahan dalam serbuan pertama di sebuah pusat hiburan kira-kira 12.10 tengah malam.

"Polis merampas dadah disyaki jenis serbuk ekstasi seberat 1.3 kilogram, pil ekstasi (37 gram), ketamin (10.2 gram) dan pot berisi dadah (66.9 gram) dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM25,620.

"Ujian saringan mendapati suspek positif methamphetamine,” katanya dalam kenyataan pada Khamis sambil menambah jumlah dadah dirampas dianggarkan untuk bekalan 1,509 orang penagih.

Mohd Farhan berkata, dalam serbuan kedua di sebuah rumah pada hari sama sekitar 1.25 tengah hari, seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun ditahan dan polis merampas ganja seberat 3.14 kilogram bernilai RM97,340.

"Turut disita sebuah kenderaan jenis Perodua Axia dengan nilai sitaan dianggarkan RM20,000. Jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh 155,002 orang penagih,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!