Peluang rebut tapak niaga di Rasa Makan Fest 2020

Nu Ideaktiv Sdn Bhd dengan kerjasama majalah dan portal makanan terkenal, Rasa akan menganjurkan Rasa Makan Fest 2020 pada 24 hingga 26 Julai ini di kawasan letak kereta WD, Stadium Shah Alam.
Nu Ideaktiv Sdn Bhd dengan kerjasama majalah dan portal makanan terkenal, Rasa akan menganjurkan Rasa Makan Fest 2020 pada 24 hingga 26 Julai ini di kawasan letak kereta WD, Stadium Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Buat pertama kali, Nu Ideaktiv Sdn Bhd dengan kerjasama majalah dan portal makanan terkenal, Rasa akan menganjurkan Rasa Makan Fest 2020 bagi merancakkan lagi industri makanan tanah air selain memenuhi selera kaki makan.

Rasa Makan Fest 2020 yang menjanjikan sebuah pesta makanan padat dengan pelbagai aktiviti menarik di samping pelbagai jenis makanan pasti memenuhi citarasa pengunjung bakal berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Julai ini di kawasan letak kereta WD, Stadium Shah Alam,

Dari pencuci mulut hinggalah makanan berat, semuanya ada untuk dinikmati. Bukan itu sahaja, penganjur juga sudah menyusun atur pelbagai aktiviti menarik sepanjang pesta berlangsung.

Antaranya Pertandingan Hias Pulut Kuning, Cabaran Teh Tarik Ronggeng, Rentap Makan Tembikai, binaan donut terbesar di Malaysia, percuma donut dan pulut kuning.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tapak perniagaan, pengusaha makanan boleh menghubungi urusetia Rasa Makan Fest 2020 di talian 011-5951 8757 sekarang untuk menikmati harga diskaun 'early bird' yang sah sehingga 15 April 2020.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati persembahan mini konsert artis-artis popular, demonstrasi masakan, bersua muka selebriti tanah air di gerai jualan mereka, Didi & Friends, Hero Remaja, petting zoo dan banyak lagi acara menarik.

Penganjur membuka peluang dan ruang perniagaan kepada pengusaha makanan untuk berniaga di tapak yang disediakan dengan kadar harga sangat berpatutan.

Diskaun sehingga 15 peratus atau serendah RM765 diberikan kepada pengusaha terawal serta memenuhi terma dan syarat dikenakan.

Artikel Berkaitan:

Hubungi urusetia Rasa Makan Fest 2020 di talian 011-5951 8757 sekarang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tapak perniagaan selain harga diskaun 'early bird' yang sah sehingga 15 April 2020.