Tarif Trump: Lawatan Tengku Zafrul ke Washington beri pandangan positif

Fahmi
Fahmi
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Lawatan delegasi Malaysia ke Washington DC yang diketuai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz baru-baru-baru ini membuahkan pandangan positif.

Jurucakap Kerajaan Datuk Fahmi Fadzil berkata, Tengku Zafrul telah memberi laporan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.

"Tengku Zafrul memberi laporan mengenai langkah seterusnya di mana beberapa perkara dan sektor yang akan menjadi keutamaan dalam perbincangan (Tarif Trump)," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet, di sini pada Rabu.

Ujarnya, perbincangan selanjutnya diserahkan sepenuhnya kepada MITI.

"Ada beberapa perkara yang boleh disebut dan ada beberapa perkara lain yang akan dirunding, maka mungkin tidak boleh disebut secara terbuka," jelas Fahmi.

Terdahulu, Tengku Zafrul bersama delegasi berangkat ke Amerika Syarikat (AS) selama dua hari bermula 24 April lalu untuk bertemu Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer dan pegawai lain bagi membincangkan tarif balas yang dikenakan ke atas Malaysia sebanyak 24 peratus.

Tarif balas itu kini dalam tempoh penangguhan selama 90 hari, kecuali bagi China.

Pada perkembangan berkaitan, Fahmi berkata, sidang khas Dewan Rakyat Isnin delan akan dimulakan dengan kenyataan Anwar berhubung dasar dan pendirian kerajaan serta langkah-langkah yang bakal diambil.

Artikel Berkaitan:

Ia diikuti perbahasan oleh Ahli Parlimen manakala sesi penggulungan akan dibuat oleh Tengku Zafrul.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!