Hafidz Roshdi harapkan yang terbaik

Hafidz Roshdi
Hafidz Roshdi
A
A
A

PELAKON Hafidz Roshdi berharap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini berhubung tuntutan hadanah penuh dan interim terhadap dua anaknya, Humairah, 8, dan Umar, 5, akan membuka ruang untuknya bertemu cahaya mata tercinta.

Menurut Hafidz, beliau terbuka menerima apa jua keputusan yang akan ditetapkan oleh mahkamah, namun tetap menyimpan harapan agar dapat dipertemukan semula dengan kedua-dua anaknya.

“Saya harapkan yang terbaik, kita tunggu keputusan mahkamah.

“Saya terima apa jua keputusan yang diputuskan hari ini,” katanya ringkas kepada media.

Hafidz hadir seorang diri ke mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi dengan memakai kemeja berwarna hitam.

Terdahulu, Hafidz nekad memfailkan tuntutan hadanah penuh dan interim selepas lebih setahun tidak bertemu dengan anak-anaknya yang dipercayai berada di Australia bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan disahkan bercerai pada 27 Julai 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak, Humairah dan Umar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!