Ketibaan Jemaah Haji Malaysia

Kumpulan pertama (KT1) 284 jemaah haji Malaysia musim 1446H/2025M selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah, kira-kira 8.04 pagi waktu tempatan.
Ketibaan mereka di bangunan penginapan jemaah haji di Hotel Emaar Royal Madinah pada 9.35 pagi disambut Ketua Konsulat Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.
Turut hadir, pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) terdiri daripada Konsul Haji Malaysia Radin Adi Hilmi; Pengarah Operasi Madinah Affandi Abdullah dan Timbalan Ketua Rombongan Mohamed Heikal Mohamed Yusuff serta petugas TH bagi musim ini. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!