Gempa bumi 6.2 magnitud landa barat daya New Zealand

Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand. Gambar hiasan
Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand. Gambar hiasan
A
A
A

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi memetik Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa berlaku pada jam 1.16 pagi Rabu waktu tempatan (9.16 malam waktu Malaysia, Selasa), pada kedalaman 10 kilometer dan terletak kira-kira 286 kilometer di barat daya bandar Bluff.

Tiada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan besar setakat ini. - Bernama/Anadolu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!