Ahmad Zahid zahir penghargaan kepada Duta Mesir bantu perkukuh hubungan dua hala

Ahmad Zahid ketika menerima kunjungan perpisahan daripada Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr yang bakal menamatkan tugas rasminya pada 30 April ini setelah hampir empat tahun berkhidmat di Malaysia. Foto Facebook Ahmad Zahid
Ahmad Zahid ketika menerima kunjungan perpisahan daripada Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr yang bakal menamatkan tugas rasminya pada 30 April ini setelah hampir empat tahun berkhidmat di Malaysia. Foto Facebook Ahmad Zahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr atas peranan aktifnya dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir.

Ahmad Zahid berkata, sepanjang perkhidmatan Ragai Tawfik di Malaysia selama hampir empat tahun yang akan berakhir esok, pelbagai kemajuan dalam banyak bidang kerjasama Malaysia-Mesir dicatatkan termasuk pendidikan, perdagangan dan hal ehwal Islam.

Beliau berkata, selain itu usaha bersama memperjuangkan isu kemanusiaan di peringkat serantau dan global khususnya berkenaan Palestin.

"Saya mendoakan agar Ragai Tawfik terus diberi kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam apa jua tanggungjawab yang akan digalas selepas ini.

"Persahabatan antara Malaysia dan Mesir, insya-Allah, akan terus utuh dan berkembang lebih kukuh dengan semangat saling menghormati dan kerjasama yang berterusan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Menerusi hantaran sama, Ahmad Zahid turut berkongsi beberapa keping gambar beliau menerima kunjungan perpisahan daripada Nasr. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!