[VIDEO] Laporan forensik video rasuah ADUN Sabah siap seminggu lagi

A
A
A

PUTRAJAYA - Laporan forensik 10 rakaman video dakwaan rasuah membabitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah dijangka dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh seminggu lagi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tempoh siasatan memerlukan sedikit masa kerana ia melibatkan banyak rakaman video.

"Laporan forensik membabitkan 10 rakaman ADUN Sabah itu sudah ada. Saya jangka dalam seminggu lagi akan keluar laporan.

"Mereka (pegawai penyiasat) memerlukan masa sedikit lagi kerana ada 10 rakaman video, bukan satu video.

"Jadi perlu tengok dan teliti sebab kita perlu adil kerana takut ada pihak yang mempertikaikan keadilan proses ini," katanya.

Azam ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Anti Rasuah Asia Tenggara, di Putrajaya pada Selasa.
Azam ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Anti Rasuah Asia Tenggara, di Putrajaya pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Anti Rasuah Asia Tenggara di sini pada Selasa.

Pada 10 April lalu, Azam memaklumkan sebanyak 10 video yang dikemukakan kepada SPRM berhubung dakwaan rasuah melibatkan ADUN Sabah sedang dianalisis.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, penelitian rapi perlu dilakukan sebagaimana lapan video yang disiarkan oleh sebuah portal sebelum ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa siasatan terhadap lapan ADUN terbabit dan seorang individu tetap diteruskan walaupun kesahihan video tersebut masih belum disahkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!