X

Kindly register in order to view this article
!

Marzuki dilantik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri

 Marzuki Mohamad
Marzuki Mohamad
A
A

PUTRAJAYA - Datuk Dr Marzuki Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa bermula 1 Mac lalu.

Pengumuman pelantikan itu diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Marzuki, 46, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Doktor Falsafah (Sains Politik) dari Australian National University, Australia.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1999.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009 hingga 2013 dan Setiausaha Politik ketika Muhyiddin menjadi Menteri Pendidikan pada 2013 hingga 2015.

Pada 2015, beliau kembali bertugas di UIAM sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Sains Politik.

Susulan pelantikan Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau telah kembali berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Muhyiddin pada tahun 2018.

"Pejabat Perdana Menteri merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan ini," kata kenyataan itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!