Gangguan elektrik landa Sepanyol, Portugal disyaki serangan siber

Seorang lelaki dan seorang kanak-kanak berjalan melalui pasar tempatan semasa bekalan elektrik terputus secara besar-besaran di Vigo, barat laut Sepanyol - Foto: AFP
Seorang lelaki dan seorang kanak-kanak berjalan melalui pasar tempatan semasa bekalan elektrik terputus secara besar-besaran di Vigo, barat laut Sepanyol - Foto: AFP
A
A
A

BRUSSELS - Suruhanjaya Eropah sedang berhubung dengan pihak berkuasa Sepanyol dan Portugal susulan gangguan besar bekalan elektrik yang menyebabkan seluruh Semenanjung Iberia terputus bekalan elektrik, lapor agensi berita Jerman dpa.

"Suruhanjaya sedang berhubung dengan pihak berkuasa kebangsaan Sepanyol dan Portugal... untuk memahami punca asas serta kesan situasi ini," kata seorang jurucakap di Brussels.

"Terdapat protokol yang disediakan untuk memulihkan semula fungsi sistem," katanya.

Bekalan elektrik di seluruh Sepanyol dan Portugal terputus sekitar 12.30 tengah hari (1030 GMT) pada Isnin, menyebabkan perkhidmatan kereta api terhenti, menurut syarikat kereta api Sepanyol, Renfe.

Pihak berkuasa kini sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik di kawasan yang terjejas.

Menurut pengendali grid elektrik Sepanyol, Red Electrica pada Isnin, "pelan untuk memulihkan bekalan elektrik" sedang dilaksanakan.

Punca gangguan elektrik itu masih belum diumumkan.

Menurut akhbar Sepanyol, El Pais, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan serangan siber.

Artikel Berkaitan:

Kejohanan tenis Terbuka Madrid turut digantung sementara. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!