31 mangsa hilang tempat tinggal, 8 rumah terbakar

Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kijang petang semalam.
Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kijang petang semalam.
A
A
A

KOTA BHARU – Seramai 31 mangsa daripada lapan keluarga hilang tempat tinggal selepas lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kijang di sini petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.48 petang.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Kota Darul Naim, Kota Bharu serta Pasukan Bomba Sukarela Kota Jembal segera dikejarkan ke lokasi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Kelantan, Penguasa Bomba Mohd Farid Ismail berkata, pasukannya tiba di lokasi pada jam 5.02 petang namun berdepan kesukaran disebabkan kesesakan lalu lintas dan laluan sempit.

Mohd Farid (tengah) yang bercakap kepada pemberita di lokasi kebakaran. - FOTO: SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID
Mohd Farid (tengah) yang bercakap kepada pemberita di lokasi kebakaran. - FOTO: SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID

“Operasi pemadaman membabitkan 35 anggota bersama enam jentera, termasuk satu water tanker. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.20 petang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebuah lagi rumah yang turut terjejas hanya mengalami kerosakan kecil sekitar 10 peratus.

Menurutnya, struktur rumah yang rapat, cuaca panas dan tiupan angin kuat menjadi faktor api merebak dengan pantas, ditambah pula kebanyakan rumah terbabit adalah binaan separuh kekal dan kayu.

Artikel Berkaitan:

"Syukur, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, dan semua mangsa sempat menyelamatkan diri," katanya.

Punca kejadian masih dalam siasatan Unit Forensik Bomba.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!