PM Singapura dakwa parti dari Malaysia cuba campur tangan pilihan raya

Lawrence Wong. Foto AFP
Lawrence Wong. Foto AFP
A
A
A

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong mendakwa terdapat cubaan oleh sebuah parti politik dari Malaysia untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya negara itu.

Bercakap ketika kempen Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Sabtu, Wong turut memberi amaran tentang bahaya mencampur-adukkan agama dalam politik, selain menyeru rakyat supaya tidak memilih berdasarkan kaum atau agama.

"Campuran agama dan politik adalah sangat berbahaya," katanya mengingatkan rakyat supaya berhati-hati terhadap anasir luar.

Sementara itu, Ketua Parti Pekerja (WP), Pritam Singh menegaskan pihaknya menolak sebarang campur tangan asing dalam urusan politik tempatan.

"Singapura adalah urusan kita sendiri, bukan orang lain," kata Pritam dalam satu ceramah berasingan.

Amaran ini hadir selepas kerajaan mengarahkan syarikat Meta Platforms Inc. untuk menurunkan beberapa iklan Facebook yang didakwa diterbitkan oleh pihak asing sepanjang tempoh pilihan raya, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Pilihan Raya Singapura pada Jumaat.

Undang-undang melindungi pilihan raya Singapura daripada campur tangan asing telah diperkenalkan sejak empat tahun lalu susulan kebimbangan terhadap keselamatan nasional. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!