China nafi dakwaan Trump terima panggilan Xi Jinping

TRUMP -Agensi
TRUMP -Agensi
A
A
A

BEIJING – China menafikan dakwaan mengejutkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang memberitahu dirinay ada menerima panggilan telefon daripada Presiden China, Xi Jinping.

Trump dalam satu wawancara bersama Time minggu lalu berkata, beliau telah dihubungi oleh Xi, sambil menegaskan ia bukan tanda kelemahan dari pihak Beijing.

Bagaimanapun, China segera ‘menyerang balas’ kenyataan itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun berkata pada Isnin: "Setakat yang saya tahu, tiada sebarang panggilan telefon antara kedua-dua ketua negara baru-baru ini."

Beliau turut menambah, tiada rundingan atau perbincangan berkaitan isu tarif berlangsung antara China dan AS ketika ini.

Kenyataan tegas itu sekali gus menafikan dakwaan pentadbiran Trump yang sebelum ini berulang kali mendakwa telah mengadakan perbualan rasmi dengan Beijing.

Difahamkan, hubungan kedua-dua kuasa besar dunia itu semakin tegang berikutan pertikaian perdagangan yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!