Covid-19: Arab Saudi sekat kemasukan rakyatnya ke Kota Makkah

Kerajaan Arab Saudi kini menghalang rakyatnya sendiri untuk memasuki Kota Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah kerana risiko penyebaran wabak Covid-19. -Foto Reuters
Kerajaan Arab Saudi kini menghalang rakyatnya sendiri untuk memasuki Kota Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah kerana risiko penyebaran wabak Covid-19. -Foto Reuters
A
A
A

KERAJAAN Arab Saudi kini menghalang rakyatnya sendiri untuk memasuki Kota Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah kerana risiko penyebaran wabak Covid-19.

Pengumuman itu disahkan oleh agensi berita tempatan yang memetik sumber daripada Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, pihak berkuasa terbabit tidak menjelaskan mengenai tempoh halangan kemasukan tersebut akan dikenakan.

Minggu lalu, Arab Saudi menghalang kemasukan warga asing ke Kota Makkah dan Madinah akibat risiko penularan Covid-19.

Sekatan itu telah membantutkan rancangan perjalanan jutaan umat Islam yang telah membuat persiapan untuk mengerjakan umrah.

Ia juga mungkin akan menjejaskan jutaan lagi jemaah yang ingin mengerjakan ibadah pada bulan Ramadan dan musim Haji yang bakal tiba tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan: