JobCare tawar 40,000 peluang kerja gaji tinggi

Lebih 40,000 peluang pekerjaan termasuk tawaran gaji tinggi ditawarkan kepada orang ramai dalam Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) Selangor.
Lebih 40,000 peluang pekerjaan termasuk tawaran gaji tinggi ditawarkan kepada orang ramai dalam Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 40,000 peluang pekerjaan termasuk tawaran gaji tinggi mencecah belasan ribu ringgit ditawarkan kepada orang ramai dalam Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) Selangor.

Menurut Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu, program tersebut yang bermula pada tahun 2022 diadakan meliputi semua sembilan daerah di negeri ini mulai 19 April di Dewan Seri Siantan Selayang, Gombak.

Beliau memberitahu inisiatif berkenaan menawarkan peluang kerjaya dalam pelbagai sektor antaranya perkhidmatan, pembuatan, pemasaran, kesihatan, pemasaran dan pengangkutan.

Papparaidu menjelaskan, jelajah tersebut antara usaha pentadbiran negeri bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi untuk memperoleh pekerjaan sesuai kemahiran mereka.

“Kerajaan negeri menggalakkan pencari kerja untuk memanfaatkan inisiatif ini bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan bersama,” katanya baru-baru ini.

Tarikh dan lokasi JobCare seterusnya seperti berikut:

- Petaling         (24 Mei – Dewan Serbaguna MBPJ SS3)

- Kuala Langat    (21 Jun – Dewan Sri Jugra)

Artikel Berkaitan:

- Hulu Selangor   (5 Julai – Dewan Merdeka KKB)

- Hulu Langat     (19 Julai – Dewan Perbandaran MPAJ)

- Klang           (27 September – Dewan Hamzah)

- Kuala Selangor  (9 Ogos – Dewan MPKS Puncak Alam)

- Sabak Bernam  (11 Oktober – Dewan Tun Razak)

- Sepang         (15 November – Dewan Komuniti BBST)

Dalam program sulung di Gombak yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, sebanyak 4,318 peluang pekerjaan termasuk tawaran gaji mencecah RM13,000 selain 3,074 jawatan kosong melebihi paras gaji minimum iaitu RM2,000 sebulan.

Ini bermakna program tersebut bukan semata-mata menyediakan tawaran kerja sokongan tetapi juga bidang eksekutif kepada pencari kerja. Sebanyak 26 majikan menyertai program itu.

Pada tahun 2024, Jelajah JobCare menawarkan kira-kira 35,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!