Menang lawan Perancis kunci momentum Malaysia

PENGARAH Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen menegaskan bahawa adalah amat penting untuk skuad negara memulakan kempen Piala Sudirman 2025 dengan kemenangan ke atas Perancis.
"Saya percaya permulaan yang positif amat penting untuk membina momentum sepanjang kejohanan.
"Paling utama, seperti yang saya tekankan sebelum ini, adalah untuk tidak memandang rendah keupayaan lawan walaupun mereka bukan pilihan utama.
"Setiap pemain perlu mengambil serius setiap perlawanan, bermula dengan aksi sulung, dan berusaha menghasilkan keputusan yang lebih garang," katanya.
Malaysia dijadual membuka tirai saingan Kumpulan C bertemu Perancis pada Isnin, sebelum berdepan Australia pada 29 April dan seterusnya menentang gergasi Asia, Jepun, pada 1 Mei, dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan melangkah ke peringkat suku akhir.
Senarai Pemain Malaysia galas cabaran di Piala Sudirman 2025
Perseorangan Lelaki
Leong Jun Hao
Justin Hoh
Perseorangan Wanita
Goh Jin Wei
K. Letshanaa
Beregu Lelaki
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Man Wei Chong-Tee Kai Wun
Beregu Wanita
Pearly Tan-M. Thinaah
Go Pei Kee-Carmen Ting
Beregu Campuran
Goh Soon Huat-Shevon Lai
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!