Bukan pemandu, tetapi penumpang maut kena tembakan

Laporan Sinar Harian mengenai seorang lelaki ditemui mati dipercayai terkena tembakan di bahagian kepala ketika sedang memandu di Jalan Stephen Yong Kuching pada awal pagi Sabtu.
Laporan Sinar Harian mengenai seorang lelaki ditemui mati dipercayai terkena tembakan di bahagian kepala ketika sedang memandu di Jalan Stephen Yong Kuching pada awal pagi Sabtu.
A
A
A

KUCHING - Lelaki yang maut dengan kesan tembakan di kepala dalam sebuah kereta di Jalan Stephen Yong, Batu Kawa, di sini awal pagi Sabtu, bukan pemandu sebaliknya hanya penumpang.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, mangsa adalah penumpang kereta Perodua Myvi tersebut.

Bagaimanapun, tidak didedahkan di mana kedudukan mangsa ketika itu sama ada bahagian penumpang depan atau belakang.

Sebelum itu, lelaki tempatan berusia 34 tahun tersebut ditemui mati dipercayai terkena tembakan di bahagian kepala ketika sedang memandu di Jalan Stephen Yong Kuching, di sini pada awal pagi Sabtu.

Lelaki itu dilihat terbaring dalam kereta oleh dua rakannya sebelum laporan dibuat di Balai Polis Batu Kawa kira-kira jam 5.30 pagi.

Hasil pemeriksaan pada mangsa, terdapat kesan tembakan pada kepala mangsa.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!