Pemandu Bezza pandu lawan arus di hadapan sekolah sudah ditahan

Tangkap layar tular video kereta dipandu secara melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain di hadapan SK Bukit Hampar, Segamat.
Tangkap layar tular video kereta dipandu secara melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain di hadapan SK Bukit Hampar, Segamat.
A
A
A

SEGAMAT - Seorang wanita yang memandu secara melulu dan melawan arus sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hampar di sini, ditahan polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, kejadian itu dikesan selepas sebuah video berdurasi 18 saat tular di laman Facebook memaparkan sebuah kereta Perodua Bezza berwarna biru melakukan aksi berbahaya di Jalan Hassan di sini.

"Pemandu juga telah bertindak melawan arus aliran trafik di hadapan sekolah SK Bukit Hampar Segamat yang mana aksi tersebut amat berbahaya kepada dirinya sendiri dan pengguna jalan raya lain.

"Hasil siasatan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Segamat berjaya mengenal pasti pemandu wanita terbabit sebelum dia ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek didapati negatif dan semakan lanjut juga mendapati tiada rekod lampau direkodkan terhadapnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan semua pengguna.

"IPD Segamat sentiasa komited dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang mengabaikan undang-undang serta membahayakan keselamatan jalan raya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!